geng aku

Khamis, 4 April 2013

VIDEO ONE SHOT UPM

assalam,

pada cuti hujung minggu yang lepas kumpulan kami dikehendaki menyediakan
satu video lagu yang direkodkan dengan satu shot sahaja,tanpa digerakkan rakaman kamera
video tersebut.

kumpulan kami telah memilih lokasi di sekitar Putrajaya,iaitu Taman Botani yang mempunyai banyak bunga-bungaan sesuai dengan tema lagu kami iaitu Gadis dan Bunga dendangan Rahimah Rahim.

Semasa merekodkan video tersebut,kami perlu menandakan kawasan yang kami perlu masuk untuk memastikan bahawa,kamera dapat merekodkan video dengan jelas dan baik.

pengalaman yang tidak dapat kami lupakan semasa merekodkan video tersebut ialah apabila kami terpaksa pulang ke kolej semula,disebabkan oleh laptop kehabisan bateri dan keadaan pembesar suara yang telah rosak dimamah usia tuanya.

selepas berhempas pulas memulakan sesi rakaman sebanyak 5 kali,akhirnya kumpulan kami mampu menghasilkan satu rakaman yang memuaskan hati semua ahli kumpulan.

selepas itu, kami pulang dalam keadaan keletihan dan kepenatan.

sekian, terima kasih.
selamat bercuti saya ucapkan kepada Dr.Normaliza dan rakan-rakan BBM3410 !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan