Hari ini 7.4.2013,aku
telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi. Ya Allah ! hati aku
teramat sedih pabila menerima perkhabaran dari salah seorang kawan yang
menyatakan dia telah kemalangan dan meninggal dunia. Inallilah
wainailaihirojium ! ya Allah dapatkah aku menerima perkhabaran itu dengan hati
terbuka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku di masa
hadapan.
(sebulan sebelum
kemalangan sahabatku)
Detik jam 8.00 malam
sewaktu aku di kolej kediaman, aku dihubungi sahabatku, dia berbicara, sedih…
Tiada ingin bersenda
gurau lagi,seperti sediakala dia berbicara denganku..arwah seorang yang suka
ketawa,tika aku membuka mulut membuat sahabat ketawa. Aku gembira melihat
sahabat ketawa, sambil menepuk bahuku.
Ya Allah ! mampukah aku
tabah menghadapi ujian ini.. sahabat bertanya kepadaku, tihah, sempat lagi ke
untuk aku belajar solat,aku membaca Al-Quran? Ya Allah, apakah soalan ini?
Kenapa sahabat bertanya aku sedemikian? Tanpa banyak bertanya aku menjawab,
sempat insyaAllah ka,Allah memberikan umatnya umur yang panjang untuk beribadat
, lagipun sahabatku ini masih lagi muda, 22 tahun belum terlambat untuk sahabat
belajar agama.
Namun, Allah Maha
Mengetahui, aku tidak lagi dapat membaca,kenapa tiba-tiba sahabat bertanya
sedemikian. Sahabat bertanya lagi,jika umur dia tidak panjang bagaimana pula??
Lalu dia ketawa. Aku menjawab,selagi kita masih hidup, selagi itulah kita harus
belajar. Siapalah kita untuk tidak belajar agama, kita hanya hamba yang naïf
yang masih banyak kita perlu belajar dan tahu.
Sahabat berkata dalam
nada sedih, katanya aku ini tiada ilmu dunia, ilmu agama apatah lagi,layakkah
aku mendekatkan diri denganNya?? Aku sedih dengan pertanyaan itu. Aku tahan
kesedihanku lalu berkata, ya ! kau masih mempunyai peluang, Allah tidak memilih
siapa pun hambanya ! bahkan, bilal rabah sekalipun Allah menerimanya walhal dia
hanyalah seorang hamba ! sahabat diam lalu menjawab,terima kasih tihah!kerana
sudi menasihati aku, memberi aku tunjuk ajar..tanpa merendah-rendahkan diri
aku..
Aku menjawab, aku
bersahabat denganmu bukan kerana harta,bukan kerana kekayaanmu, aku bersahabat
denganmu kerana Allah! Allah telah pertemukan kita, untuk menjadi sahabat !
sahabat terdiam lalu berbicara makin perlahan dan sedih, katanya engkaulah
sahabat aku dunia akhirat !!
Aku menjawab ya ! kita
bersahabat hingga ke akhirat. Aku ikhlas bersahabat denganmu !
Sebelum meletakkan
telefon, sahabat mengatakan dia ingin belajar solat dengan betul, tapi tidak
tahu caranya dan ingin aku mencarikan dia sebuah buku, cara-cara mendirikan
solat. Ya ! aku menjawab tika Pc Fair nanti akanku beli buku itu buat
sahabatku.
Ketika pulang cuti
semester
Aku pulang ke
kampung,tapi tidak lama kerana harus pergi ke rumah abang untuk menjaga anak
saudara. Ku kirimkan buku solat, yasin dan sebuah gambar aku dan sahabat.
Tika sahabat menerima
kiriman itu, dia menghubungi aku, terharu katanya melihat gambar dan buku solat
serta yasin yang aku kirimkan. Aku menjawab hanya itu yang aku mampu berikan buat
sahabat.
Tidakku sangka kiriman
itu akan menjadi bungkusan terakhir aku kirimkan buat sahabat ! MasyaAllah !
Allah Maha Mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui !
Di a tidak habis-habis
berterima kasih. Sekali lagi dia berkata, aku kawan dunia akhirat dia ! Ya
Allah !
Kenapa aku tidak
terfikir bahawa sahabat akan meninggalkanku buat selama-lamanya.. !
Aku redha, sesungguhnya
Allah lebih menyayangi hambaNya ini !
Buat sahabatku yang aku
sayangi dunia dan akhirat,
Doaku buatmu semoga
engkau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,
Engkau sahabat yang
sukar aku cari,
Engkau bersahabat
denganku tanpa syarat,
Terima kasih kerana
bersahabat denganku hingga akhir hayatmu,
Doaku di tiap sujudku
agar bertemu denganmu di akhirat sana,
Engkau sahabatku buat
selama-lamanya…
Al- Fatihah buat
sahabatku….Moga arwah tenang di sana…
Buat kita,
Yang masih bernyawa…
Ingatlah ajal dan maut
kita tidak tahu
Bila kita akan dijemput
oleh malaikat maut?
Beribadatlah umpama
kita akan meninggal pada esok hari
Cukupkah ibadat kita?
Bagaimana pula dengan
amalan kita yang akan dihitung nanti?
Berapa banyakkah ?
Kita sering mengejar
dunia yang tidak berkesudahan..
Apa yang dikejar di
dunia,harta kah?
Sampai ke anak cucu
cicit kah harta itu mampu diguna?
Ingatlah kita hanyalah
hambaNya yang mampu merancang TAPI
Dia yang menentukan
segalanya !
Hargailah hidup sebelum
maut datang,
Hargailah masa tika ia
berlalu jauh meninggalkan kita,
Hargailah sahabat tika
ia masih tersenyum bersama kita,
Hargailah ibu bapa tika
mereka masih bernyawa,
Hargailah diri kita
tika kita masih hidup dan bernyawa !
Bersyukurlah wahai
sahabat Allah belum mengambil nyawa kita
Masih memberi kita
peluang untuk bertaubat dan
Beribadat !
Gunakan peluang dan
ruang yang Allah berikan
InsyaAllah ! taubat
kita akan diterima !
kita masih ada peluang untuk bertaubat selagi nafas kita bernyawa...insya Allah..
BalasPadamYa..insyaAllah..
BalasPadam