geng aku

Rabu, 3 April 2013

SIMPULAN BAHASA UPM

salam dan selamat sejahtera,

hari ini aku diminta untuk menulis serba sedikit tentang pengalaman aku dan kumpulan 10 (Aura Cantik) dalam menghasilkan kertas perbentangan fotografi simpulan bahasa kami pada minggu yang lalu.

semasa berada di kelas BBM3410  pada hari rabu yang lalu, Dr. Normaliza telah membahagikan simpulan bahasa kepada kami secara berlainan bagi tidak terjadinya persamaan simpulan bahasa antara kumpulan lain. 

namun begitu,disebabkan masalah kurang daya ingatan pelajar BBM3410, ada juga kumpulan yang mendapat simpulan bahasa yang sama.

setelah mendapat simpulan bahasa tersebut iaitu sebanyak 12 simpulan bahasa, kami dengan bersungguh lagi ikhlas,berjalan keluar dari kelas dan memulakan sesi fotografi simpulan bahasa tersebut.

perkara pokok yang perlu kami ketahui terlebih dahulu ialah berkenaan maksud simpulan bahasa tersebut dan seterusnya bolehlah ditafsirkan ke dalam bentuk gambar yang boleh difahami oleh orang lain tentang maksud sebenar simpulan bahasa tersebut.

selepas itu,barulah kami mengambil gambar simpulan bahasa seperti yang diinginkan dalam tugasan kali ini.
pelbagai aksi dan gaya dicuba oleh kami bagi mencapai maksud yang betullagi benar berdasarkan simpulan bahasa itu.

akhir sekali, kami muatkan gambar-gambar tersebut ke dalam microsoft Power Point untuk dibentangkan pada minggu yang seterusnya.

kami juga memasukkan lagu ke dalam power point tersebut bagi memeriahkan lagi sesi perbentangan gambar simpulan bahasa kami.

itulah serba sedikit tentang pengalaman kami Aura Cantik dalam menyiapkan tugasan Simpulan Bahasa Bergambar ini.

Sekian, wasalam.

^____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan