geng aku

Rabu, 17 April 2013

BBM3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM

assalamualaikum dan salam sejahtera,

selepas puas bercuti selama seminggu di kampung kumpulan Aura Cantik kembali lagi dengan video seram.
kali ini aksi yang perlu dipaparkan agak mencabar daya fikir kami kerana perlu berfikir panjang untuk menghasilkan sebuah video yang tidak berdialog dan hanya diiringi kesan bunyi sahaja.

sebelum memulakan aksi seram yang telah difikirkan secara bersama, kami telah nekad untuk menghasilkan sebuah video berkaitan kisah pembunuhan seorang pelajar yang sering menyakiti hati sahabatnya.

kami perlu memilih lokasi yang sesuai bagi memaparkan situasi cemas,takut dan seram.

kami merasa gembira kerana kerjasama berpasukan kami sangat erat apabila masing-masing memahami watak yang perlu dibawa.

bahagian pembikinan video yang cukup kami tidak suka ialah pada bahagian edit video. ianya sangat menuji kesabaran kami. demi bbm3410 kami gagahkan diri untuk bersengkang mata menyiapakannya. alhamdullilah dengan izinNya siap juga video kami.

kalian semua bolehlah menyaksikan video kami di laman web ini http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g




Selasa, 9 April 2013

NUKILAN BUAT SEORANG SAHABAT




Hari ini 7.4.2013,aku telah kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi. Ya Allah ! hati aku teramat sedih pabila menerima perkhabaran dari salah seorang kawan yang menyatakan dia telah kemalangan dan meninggal dunia. Inallilah wainailaihirojium ! ya Allah dapatkah aku menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

(sebulan sebelum kemalangan sahabatku)
Detik jam 8.00 malam sewaktu aku di kolej kediaman, aku dihubungi sahabatku, dia berbicara, sedih…
Tiada ingin bersenda gurau lagi,seperti sediakala dia berbicara denganku..arwah seorang yang suka ketawa,tika aku membuka mulut membuat sahabat ketawa. Aku gembira melihat sahabat ketawa, sambil menepuk bahuku.
Ya Allah ! mampukah aku tabah menghadapi ujian ini.. sahabat bertanya kepadaku, tihah, sempat lagi ke untuk aku belajar solat,aku membaca Al-Quran? Ya Allah, apakah soalan ini? Kenapa sahabat bertanya aku sedemikian? Tanpa banyak bertanya aku menjawab, sempat insyaAllah ka,Allah memberikan umatnya umur yang panjang untuk beribadat , lagipun sahabatku ini masih lagi muda, 22 tahun belum terlambat untuk sahabat belajar agama.
Namun, Allah Maha Mengetahui, aku tidak lagi dapat membaca,kenapa tiba-tiba sahabat bertanya sedemikian. Sahabat bertanya lagi,jika umur dia tidak panjang bagaimana pula?? Lalu dia ketawa. Aku menjawab,selagi kita masih hidup, selagi itulah kita harus belajar. Siapalah kita untuk tidak belajar agama, kita hanya hamba yang naïf yang masih banyak kita perlu belajar dan tahu.
Sahabat berkata dalam nada sedih, katanya aku ini tiada ilmu dunia, ilmu agama apatah lagi,layakkah aku mendekatkan diri denganNya?? Aku sedih dengan pertanyaan itu. Aku tahan kesedihanku lalu berkata, ya ! kau masih mempunyai peluang, Allah tidak memilih siapa pun hambanya ! bahkan, bilal rabah sekalipun Allah menerimanya walhal dia hanyalah seorang hamba ! sahabat diam lalu menjawab,terima kasih tihah!kerana sudi menasihati aku, memberi aku tunjuk ajar..tanpa merendah-rendahkan diri aku..
Aku menjawab, aku bersahabat denganmu bukan kerana harta,bukan kerana kekayaanmu, aku bersahabat denganmu kerana Allah! Allah telah pertemukan kita, untuk menjadi sahabat ! sahabat terdiam lalu berbicara makin perlahan dan sedih, katanya engkaulah sahabat aku dunia akhirat !!
Aku menjawab ya ! kita bersahabat hingga ke akhirat. Aku ikhlas bersahabat denganmu !

Sebelum meletakkan telefon, sahabat mengatakan dia ingin belajar solat dengan betul, tapi tidak tahu caranya dan ingin aku mencarikan dia sebuah buku, cara-cara mendirikan solat. Ya ! aku menjawab tika Pc Fair nanti akanku beli buku itu buat sahabatku.

Ketika pulang cuti semester

Aku pulang ke kampung,tapi tidak lama kerana harus pergi ke rumah abang untuk menjaga anak saudara. Ku kirimkan buku solat, yasin dan sebuah gambar aku dan sahabat.
Tika sahabat menerima kiriman itu, dia menghubungi aku, terharu katanya melihat gambar dan buku solat serta yasin yang aku kirimkan. Aku menjawab hanya itu yang aku mampu berikan buat sahabat.
Tidakku sangka kiriman itu akan menjadi bungkusan terakhir aku kirimkan buat sahabat ! MasyaAllah ! Allah Maha Mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui !
Di a tidak habis-habis berterima kasih. Sekali lagi dia berkata, aku kawan dunia akhirat dia ! Ya Allah !
Kenapa aku tidak terfikir bahawa sahabat akan meninggalkanku buat selama-lamanya.. !
Aku redha, sesungguhnya Allah lebih menyayangi hambaNya ini !

Buat sahabatku yang aku sayangi dunia dan akhirat,

Doaku buatmu semoga engkau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,
Engkau sahabat yang sukar aku cari,
Engkau bersahabat denganku tanpa syarat,
Terima kasih kerana bersahabat denganku hingga akhir hayatmu,
Doaku di tiap sujudku agar bertemu denganmu di akhirat sana,
Engkau sahabatku buat selama-lamanya…
Al- Fatihah buat sahabatku….Moga arwah tenang di sana…

Buat kita,
Yang masih bernyawa…
Ingatlah ajal dan maut kita tidak tahu
Bila kita akan dijemput oleh malaikat maut?
Beribadatlah umpama kita akan meninggal pada esok hari
Cukupkah ibadat kita?
Bagaimana pula dengan amalan kita yang akan dihitung nanti?
Berapa banyakkah ?
Kita sering mengejar dunia yang tidak berkesudahan..
Apa yang dikejar di dunia,harta kah?
Sampai ke anak cucu cicit kah harta itu mampu diguna?
Ingatlah kita hanyalah hambaNya yang mampu merancang TAPI
Dia yang menentukan segalanya !
Hargailah hidup sebelum maut datang,
Hargailah masa tika ia berlalu jauh meninggalkan kita,
Hargailah sahabat tika ia masih tersenyum bersama kita,
Hargailah ibu bapa tika mereka masih bernyawa,
Hargailah diri kita tika kita masih hidup dan bernyawa !
Bersyukurlah wahai sahabat Allah belum mengambil nyawa kita
Masih memberi kita peluang untuk bertaubat dan
Beribadat !
Gunakan peluang dan ruang yang Allah berikan
InsyaAllah ! taubat kita akan diterima !

Khamis, 4 April 2013

VIDEO ONE SHOT UPM

assalam,

pada cuti hujung minggu yang lepas kumpulan kami dikehendaki menyediakan
satu video lagu yang direkodkan dengan satu shot sahaja,tanpa digerakkan rakaman kamera
video tersebut.

kumpulan kami telah memilih lokasi di sekitar Putrajaya,iaitu Taman Botani yang mempunyai banyak bunga-bungaan sesuai dengan tema lagu kami iaitu Gadis dan Bunga dendangan Rahimah Rahim.

Semasa merekodkan video tersebut,kami perlu menandakan kawasan yang kami perlu masuk untuk memastikan bahawa,kamera dapat merekodkan video dengan jelas dan baik.

pengalaman yang tidak dapat kami lupakan semasa merekodkan video tersebut ialah apabila kami terpaksa pulang ke kolej semula,disebabkan oleh laptop kehabisan bateri dan keadaan pembesar suara yang telah rosak dimamah usia tuanya.

selepas berhempas pulas memulakan sesi rakaman sebanyak 5 kali,akhirnya kumpulan kami mampu menghasilkan satu rakaman yang memuaskan hati semua ahli kumpulan.

selepas itu, kami pulang dalam keadaan keletihan dan kepenatan.

sekian, terima kasih.
selamat bercuti saya ucapkan kepada Dr.Normaliza dan rakan-rakan BBM3410 !



Rabu, 3 April 2013

SIMPULAN BAHASA UPM

salam dan selamat sejahtera,

hari ini aku diminta untuk menulis serba sedikit tentang pengalaman aku dan kumpulan 10 (Aura Cantik) dalam menghasilkan kertas perbentangan fotografi simpulan bahasa kami pada minggu yang lalu.

semasa berada di kelas BBM3410  pada hari rabu yang lalu, Dr. Normaliza telah membahagikan simpulan bahasa kepada kami secara berlainan bagi tidak terjadinya persamaan simpulan bahasa antara kumpulan lain. 

namun begitu,disebabkan masalah kurang daya ingatan pelajar BBM3410, ada juga kumpulan yang mendapat simpulan bahasa yang sama.

setelah mendapat simpulan bahasa tersebut iaitu sebanyak 12 simpulan bahasa, kami dengan bersungguh lagi ikhlas,berjalan keluar dari kelas dan memulakan sesi fotografi simpulan bahasa tersebut.

perkara pokok yang perlu kami ketahui terlebih dahulu ialah berkenaan maksud simpulan bahasa tersebut dan seterusnya bolehlah ditafsirkan ke dalam bentuk gambar yang boleh difahami oleh orang lain tentang maksud sebenar simpulan bahasa tersebut.

selepas itu,barulah kami mengambil gambar simpulan bahasa seperti yang diinginkan dalam tugasan kali ini.
pelbagai aksi dan gaya dicuba oleh kami bagi mencapai maksud yang betullagi benar berdasarkan simpulan bahasa itu.

akhir sekali, kami muatkan gambar-gambar tersebut ke dalam microsoft Power Point untuk dibentangkan pada minggu yang seterusnya.

kami juga memasukkan lagu ke dalam power point tersebut bagi memeriahkan lagi sesi perbentangan gambar simpulan bahasa kami.

itulah serba sedikit tentang pengalaman kami Aura Cantik dalam menyiapkan tugasan Simpulan Bahasa Bergambar ini.

Sekian, wasalam.

^____^

Selasa, 2 April 2013

SEBUAH KISAH TENTANG ZAHRAWI !

salam warga blog,

tertanya-tanya apakah itu zahrawi??
itulah nama kelas aku ketika aku mengambil STPM pada tahun 2008/2009.
pertama kali aku menjejakkan kaki ke kelas zahrawi,terlalu dan teramatlah ramai pelajar
lelaki di dalam kelas itu.

malu juga menyinggah ke dalam pelosok diriku.
dah masuk,kena berdiri pulak tu.apa tak nya kelas itu kekurangan kerusi.
perkenalan zahrawi bermula apabila kami

belajar bersama
melawak bersama
ketawa bersama
bergurau bewak bersama
saling membantu bersama...

ya Allah ! hubungan kami bagai isi dengan kuku
tidak dapat dipisahkan
kami akrab..
seperti adik beradik kandung..

buat warga zahrawi,
di sini aku tihah,
ingin memohon maaf
ingin berterima kasih kerana sudi menjadi salah sebuah kenangan
terindah dalam hidup aku..
kalian membuat ak suka,ketawa dan membuka bicara dengan petah.

telatah kalian mencuit hati aku
kehadiran kalian mencuit hati aku

terima kasih wahai WARGA ZAHRAWI 2008/2009

kenang daku dalam doa kalian semua..
moga kita dipertemukan lagi
dalam sebuah ukhwah yang lebih akrab..

InsyaAllah..
kalian selalu di hatiku..


JEJAKA KACAK ZAHRAWI !


GEGADIS JELITA ZAHRAWI


GEGADIS BRUTAL ZAHRAWI


KENANGAN TERINDAH ZAHRAWI 




CERITA SEBUAH TAMAN

assalamualaikum warga blog sekalian,

hari ini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman semasa Aura Cantik membuat penggambaran di
Taman Botani, Putrajaya.

subhanAllah sunnguh cantik tempatnya ! dengan dipenuhi bunga-bungaan serta sebuah tasik yang terbentang luas,sangatlah sesuai dengan tema lagu kami iaitu retro klasik.

Gadis dan Bunga,penyanyi asalnya Rahimah Rahim telah menambat hati kami untuk memulakan sesi rakaman
"album pertama" kami.

gadis ayu aura cantik,jom kita saksikan di http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE

antara gambar yang sempat diambil :