assalamualaikum dan salam sejahtera,
sudah lama tidak aku coretkan sesuatu manfaat kepada warga blog sekalian..
hari ini,aku mencuri sedikit waktu untuk berkongsi dengan warga blog,serba sedikit pengalaman hidup aku..
semalam,4/5/2013, aku bergegas ke stesen bas untuk memulakan perjalanan menuntut ilmu ke UPM..
Perjalanan aku ke stesen bas sangatlah perit kerana aku terpaksa menghadapi hujan lebat sehinggakan basah kuyup pakaian aku.
namun,perkara itu agak biasa bagi kami selaku penunggang motosikal. setibanya aku di kaunter tiket, aku tercari-cari dimanakah bas yang harus aku naiki, akak yang menjual tiket itu menunjukkan arah tempat letaknya bas-bas tersebut.
ya Allah ! berpuluh-puluh bas keluar masuk dari stesen itu,bagaimana mampu untuk aku mencari bas yang perlu aku naiki?tambahan ketika itu,hujan semakin lebat, namun aku gagahi..aku lanjutkan pencarian aku kerana aku yakin, Allah sedang menguji aku.
bas-bas yang ada di stesen berkenaan pula tidak mempunyai pelekat destinasi yang ingin ditujui, menambahkan keperitan yang aku lalui.
melihatkan penumpang lain diiringi dengan payung oleh ahli keluarga terdekat, membuatkan emosi aku semakin menguaasai diri aku, kerana aku, keseorangan...tiada berteman..hanya Allah sahaja yang memahami perasaan aku saat itu.
aku berdoa di dalam hati.. "ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu hari ini"..
aku mencari dan terus mencari bas yang menuju ke Hentian Putra Kuala Lumpur..walau bagaimanapun,
aku gagal dek kerana bas tambahan yang terlalu banyak,yang perlu aku tanyakan pemandunya,arah destinasi bas-bas tersebut.
aku gagal mengawal emosi,lalu air mata aku berderai, selebat hujan yang jatuh membasahi bumi.
ketika itu jam menunjukkan jam 10.00 malam.
sepatutnya seawal jam 9.00 malam,aku sudah berada di dalam bas. abahku menelefon aku, menanyakan perkhabaranku, sudah naik bas ke? aku sebak !tiada mampu terjawab..
setelah beberapa ketika..
Alhamdullilah,dengan satu panggilan telefon yang aku buat, datanglah seorang insan membantuku, menunjukkan aku jalan yang lurus, arah letaknya bas yang akan menuju ke Hentian Putra.
aku menaiki bas itu dengan basah kuyup, dan tiket yang aku genggam separuh koyak terkena air hujan..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui..
Allah ada di saat kita memerlukanNya..dengan sebuah doa,diiringi ketulusan hati meminta pertolongan, Allah akan mengirimkan pertolongan itu dalam pelbagai bentuk..
ketahuilah wahai sahabat,
segala pahit getir yang kita lalui ada hikmahnya dan kesusahan itu akan mengajar kita erti kehidupan..
tanpa kesusahan, kita tidak akan mampu melayari bahtera kesenangan..
moga apa yang kita hadapi mampu memberi iktibar dalam kehidupan kita...
InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan