geng aku

Isnin, 27 Mei 2013

BBM3410 : SALAM TERAKHIR






                                             NAMA           :  NUR FATIHAH BINTI ANAFI

                                             NO MATRIK : 157503


alhamdullilah,

setelah 13 minggu bersama kumpulan Aura Cantik, akhirnya segala kerja buat yang kami usahakan bersama bernoktah pada minggu ketiga belas ini.

kelas drnott memanglah agak kalut kerana kami diberi tugasan secara bertubi-tubi dari minggu ke minggu, namun begitu, kami gembira kerana tugas ini, kami dapat mengurangkan tekanan kami dalam kursus yang lain.

ya ! memang betul tugasan yang dr notts berikan memang membuatkan kami sebagai satu kumpulan ceria dan gembira kerana dapat menyanyi (walaupun miming sahaja), menari, meluangkan masa bersama-sama, mengambil gambar (kami memang gila bergambar), dan menghasilkan pelbagai jenis video yang terbaik !

terima kasih kepada drnotts kerana tanpa tugasan ini, kami tidak akan mampu untuk menghasilkan video,mengedit video dan bergambar bersama-sama.

drnotts telah memberikan aku satu pengalaman yang sangat indah yang sukar untuk aku lupakan kerana kenangan ini akan sentiasa berada dalam minda dan jiwa aku buat selama-lamanya. jika aku rindukan teman linguistik ini, dapatlah aku menjengah aksi mereka di youtube dengan hanya menaip BBM3410....

aku sayang drnotts dan geng linguistik !!!

kenang daku SELALU !!!

di sini aku sertakan link video yang telah kami muat naik dalam youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE (VIDEO LAGU ONE SHOT)

http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g (VIDEO SERAM)

http://www.youtube.com/watch?v=ucj9tnGuTWQ (VIDEO TANPA WAJAH)

http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk (VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH)

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg (VIDEO GAMBAR UNIK)

http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 (VIDEO REALITINYA)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan