salam,
hari ni aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku tentang keluarga aku.
aku seorang kakak yang dianugerahi 7 orang adik.
tanpa dipinta,tanpa diminta dan tanpa dipaksa
aku menyayangi kesemua adik2 aku ini.
hari ini,
aku terima panggilan dari umi
terngiang2 suara adik2 aku dari belakang
katanya,ingin berbicara dengan ak
rindu katanya...
sedih,rindu bercampur baur teringatkan mereka
aku belajar tinggi2 bukan untuk menunjuk
juga bukan untuk menunjukkan sifat riak takbur
kerana terpilih untuk menyambung pelajaran
tetapi kerana keluarga aku
umi,abah adik2 aku
aku bukannya dari keluarga yang senang
aku mulai sedar bahawa aku memikul tanggungjawab yang berat ini
tika berada di tingkatan 6
ak tahu ak ad tanggungjawab yang masih belum aku selesaikan
iaitu ADIK-ADIK ak..
jika ingin menjadi manusia yang pentingkan
diri aku sendiri
aku boleh saja lari dari tanggungjawab itu
TAPI
sampai bila??
mungkin ak terlepas di dunia ini
tapi di akhirat nanti bagaimana bisa aku menjawab
kepada Yang Maha Mengetahui??
melihat wajah-wajah mereka
hati ak menjadi sayu
masa depan mereka nanti siapa lagi ingin mencoretkannya
kalau bukan ak??
insan yang bergelar kakak
ingatlah dan dengarlah
adik-adikku yang aku sayangi
aku melangkah ke menara gading
untuk mengubah nasib keluarga kita
untuk memberi contoh kepada kamu semua
agar belajar dan terus belajar
hingga ke universiti
agar umi dan abah bangga dengan kejayaan kita
adik-adikku
dengarlah nasihat aku ini
insan yang daif
yang menyayangi dirimu
dunia akhirat
doaku hanya satu
moga adik-adikku sayang
menjadi orang yang berguna
yang mampu berbakti kepada kedua orang tua
kepada agama,bangsa dan negara...
moga kita bertemu di akhirat nanti..
CORETAN SAYANG DARI KAKAKMU,
KAK CIK....
Wajah-wajah adikku sayang akan sentiasa berada di hatiku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan