assalam semua,
dah lama ak tak menulis dalam blog ni.banyak sangat perkara yang berlaku di luar jangkaan aku.terutama dalam hidup aku.pertama kali aku mendapat kerja menjadi seorang pengurus.alaa pengurus kecik jer pun..namun, sangatlah perit untuk aku hadapinya di saat pertama bergelar pengurus di salah sebuah kedai fast food di Kelantan ni..pahit getir aku tempuhi dengan penat lelah xckp tdo pening kepala dan macam2 lagi.
pernah dua tiga malam ak xboleh tido memikirkn mslh di tmpt kerja.namun alhamdullilah semua itu ak dapat hadapi dengan baik kerana aku tahu Allah sentiasa berada di sisi ak ketika ak memerlukan.
Allah kirimkan ak rakan sekerja yang sangattt baik dan suka menolong ak..segala apa yang tidak ak fahami mereka sentiasa ada untuk aku..yaALLAH terima kasih kerana mengirimkan aku mereka2 ini..
jasa dan pertolongan mereka sangat aku hargai..benar kata orang hidup tanpa cabaran tidak akan mematangkan kita..cabaran itu memberi kita seribu satu idea untuk kita berfikir bgaimana untuk menyelesaikannya..
sekarang aku belajar erti hidup yang sebenar..bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah kan?smga apa yg berlaku dlm hdp ak mmpu memberikan ak semangat dan menjadikan perkara yg tidak baik itu sbg sempadan.di saat kta sdg menghadapi mslh kita akan kenal siapa kwn dan siapa lawan kita..
sekian jela dulu dr ak..nanti rjin ak taip2 lg..babaiii..:p
gadis desa
geng aku
Sabtu, 7 Februari 2015
Sabtu, 16 Ogos 2014
PENGALAMAN BEKERJA DI KEDAI KASUT
Assalamualaikum..
Di sini aku ingin berkongsi pengalaman ketika aku menjadi staff part time di salah sebuah kedai kasut yang tersohor di Malaysia. Bekerja di kedai kasut, memberi aku seribu satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Di sana, aku dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia terutamanya golongan wanita.
Bagi pengetahuan korang, kedai kasut ini hanya menjual kasut wanita beserta beg tangan dan juga purse.
Melihat ragam pelanggan terkadang membuatkan aku geli hati tetapi ada juga yang membuatkan aku naik angin.
Apa tidaknya, hanya mencari kasut untuk dipakai ke tempat kerja, tetapi diselidik kedai itu umpama mahu mencari seribu satu masalah dan kekurangan. Mereka ini aku kategorikan sebagai pelanggan yang cerewet !
Akan tetapi, keseronokan semasa bekerja di sana, apabila melayan pelanggan yang ingin membeli kasut, beg tangan dan purse dalam masa yang sangat singkat,tanpa mencari kekurangan barangan tersebut.
Ragam manusia, bab kata pepatah lain padang lain belalangnya. Pelanggan yang datang dari pelbagai daerah di negeri Kelantan sememangnya berlainan dari daerah Kota Bharu. Ada yang suka marah-marah (al maklumlah masa tu bulan puasa ), ada yang baik hati yang tak suka nak susahkan aku, ada yang peramah (golongan ini yang paling aku suka serve kerana dia orang buat mood aku baik !
Kepada semua pelanggan aku yang pernah membeli di tempat aku bekerja,aku ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi aku pulangan yang agak lumayan kerana setiap pasang kasut yang aku jual, syarikat tersebut memberi komisyen dan hadiah !
Kesabaran semasa melayan pelanggan perlulah ada dalam diri kita kerana kita tidak kenal siapa mereka dan mereka juga tidak kenal siapa kita. Walau di mana kita bekerja, dengan siapa kita perlu berjumpa, ingatlah setiap tugasan itu dititipkan pahala dan ganjaran yang tidak kita ketahui. Bekerjalah kerana Allah bukan kerana emosi dan bukan kerana wang semata-mata. InsyaAllah rezeki yang kita dapat itu mendapat berkat dan redha daru Allah swt.
TERIMA KASIH, DATANG LAGI !
SELAMAT HARI RAYA !
Kata-kata yang baik akan membuahkan hasil yang bagus !
Aku juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ku temui semasa bekerja di sini. Malah kawan baik ku ini siap bagi KFC lagi. hahaha..saranghae !
nah gambar yg sempat diambil..bye !

Sabtu, 17 Mei 2014
ALZAHRAWI DALAM INGATAN..
Salam,
dah lama ak tak post dlm blog kesayangan aku ni..apa khbr semua? rindu sgt nk kongsi maklumat...bnyk sgt
informasi yg nk dikongsi..
maklumlah dah masuk kategori wanita bekerjaya kan xda masa sangat nk taip2 dlm blog ni..uhuhuhu..bekerjayalah sangat !
anyway, kat sini aku nak bg hadiah kat semua ex classmate ak masa ak bljr di tgktn 6 di slh sebuah sekolah tersohor di area kb ne..huhu..smk dato' ahmad maher..
masa tu ak di tgktn 6 rendah n nama kls ak alzahrawi..sma mcm tajuk kt ats tuu..majority dlm kls ak dimonopoli oleh budak lelaki yg kacak,hensem,bergaya dan sempoi laahh...
girls pun tidak kurangnya,sama2 kamcing n sporting..alhamdullilah majoritynya dpt menjejakkan kaki ke ipta,ipts dan ad juga yg sudah membina kerjaya dan berkeluarga..
apa2 pun selamat menempuhi segala ujian dalam hidup ini buat semua saem sahabat ak...ak akan ingt korang sampai bla2..ne hadiah kt korang..enjoy the show !
https://www.facebook.com/video.php?v=693407690719549&set=vb.100001509732125&type=3&theater
dah lama ak tak post dlm blog kesayangan aku ni..apa khbr semua? rindu sgt nk kongsi maklumat...bnyk sgt
informasi yg nk dikongsi..
maklumlah dah masuk kategori wanita bekerjaya kan xda masa sangat nk taip2 dlm blog ni..uhuhuhu..bekerjayalah sangat !
anyway, kat sini aku nak bg hadiah kat semua ex classmate ak masa ak bljr di tgktn 6 di slh sebuah sekolah tersohor di area kb ne..huhu..smk dato' ahmad maher..
masa tu ak di tgktn 6 rendah n nama kls ak alzahrawi..sma mcm tajuk kt ats tuu..majority dlm kls ak dimonopoli oleh budak lelaki yg kacak,hensem,bergaya dan sempoi laahh...
girls pun tidak kurangnya,sama2 kamcing n sporting..alhamdullilah majoritynya dpt menjejakkan kaki ke ipta,ipts dan ad juga yg sudah membina kerjaya dan berkeluarga..
https://www.facebook.com/video.php?v=693407690719549&set=vb.100001509732125&type=3&theater
Isnin, 27 Mei 2013
BBM3410 : SALAM TERAKHIR
NAMA : NUR FATIHAH BINTI ANAFI
NO MATRIK : 157503
alhamdullilah,
setelah 13 minggu bersama kumpulan Aura Cantik, akhirnya segala kerja buat yang kami usahakan bersama bernoktah pada minggu ketiga belas ini.
kelas drnott memanglah agak kalut kerana kami diberi tugasan secara bertubi-tubi dari minggu ke minggu, namun begitu, kami gembira kerana tugas ini, kami dapat mengurangkan tekanan kami dalam kursus yang lain.
ya ! memang betul tugasan yang dr notts berikan memang membuatkan kami sebagai satu kumpulan ceria dan gembira kerana dapat menyanyi (walaupun miming sahaja), menari, meluangkan masa bersama-sama, mengambil gambar (kami memang gila bergambar), dan menghasilkan pelbagai jenis video yang terbaik !
terima kasih kepada drnotts kerana tanpa tugasan ini, kami tidak akan mampu untuk menghasilkan video,mengedit video dan bergambar bersama-sama.
drnotts telah memberikan aku satu pengalaman yang sangat indah yang sukar untuk aku lupakan kerana kenangan ini akan sentiasa berada dalam minda dan jiwa aku buat selama-lamanya. jika aku rindukan teman linguistik ini, dapatlah aku menjengah aksi mereka di youtube dengan hanya menaip BBM3410....
aku sayang drnotts dan geng linguistik !!!
kenang daku SELALU !!!
di sini aku sertakan link video yang telah kami muat naik dalam youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE (VIDEO LAGU ONE SHOT)
http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g (VIDEO SERAM)
http://www.youtube.com/watch?v=ucj9tnGuTWQ (VIDEO TANPA WAJAH)
http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk (VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH)
http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg (VIDEO GAMBAR UNIK)
http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 (VIDEO REALITINYA)
Selasa, 21 Mei 2013
BBM3410 LAMAN WEB
salam,
hari ini aku ingin berkongsi dengan warga blog tentang link websites yang baru aku cipta.
setelah 13 minggu bergiat aktif dengan dunia maya ini, pelbagai laman tercipta bagi memungkinkan satu laman sosial tercipta dengan gah..
alhamdullilah, kini aku sudah menyiapkan tugasan terakhir untuk kelas makmal multimedia aku dengan satu lagi laman iaitu websites.
kepada semua warga blog bolehlah melayari laman web aku di :
GADIS DESA
semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada rakan blog.
InsyaAllah..
^______^
Selasa, 7 Mei 2013
KESUSAHAN SATU UJIAN HIDUP
assalamualaikum dan salam sejahtera,
sudah lama tidak aku coretkan sesuatu manfaat kepada warga blog sekalian..
hari ini,aku mencuri sedikit waktu untuk berkongsi dengan warga blog,serba sedikit pengalaman hidup aku..
semalam,4/5/2013, aku bergegas ke stesen bas untuk memulakan perjalanan menuntut ilmu ke UPM..
Perjalanan aku ke stesen bas sangatlah perit kerana aku terpaksa menghadapi hujan lebat sehinggakan basah kuyup pakaian aku.
namun,perkara itu agak biasa bagi kami selaku penunggang motosikal. setibanya aku di kaunter tiket, aku tercari-cari dimanakah bas yang harus aku naiki, akak yang menjual tiket itu menunjukkan arah tempat letaknya bas-bas tersebut.
ya Allah ! berpuluh-puluh bas keluar masuk dari stesen itu,bagaimana mampu untuk aku mencari bas yang perlu aku naiki?tambahan ketika itu,hujan semakin lebat, namun aku gagahi..aku lanjutkan pencarian aku kerana aku yakin, Allah sedang menguji aku.
bas-bas yang ada di stesen berkenaan pula tidak mempunyai pelekat destinasi yang ingin ditujui, menambahkan keperitan yang aku lalui.
melihatkan penumpang lain diiringi dengan payung oleh ahli keluarga terdekat, membuatkan emosi aku semakin menguaasai diri aku, kerana aku, keseorangan...tiada berteman..hanya Allah sahaja yang memahami perasaan aku saat itu.
aku berdoa di dalam hati.. "ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu hari ini"..
aku mencari dan terus mencari bas yang menuju ke Hentian Putra Kuala Lumpur..walau bagaimanapun,
aku gagal dek kerana bas tambahan yang terlalu banyak,yang perlu aku tanyakan pemandunya,arah destinasi bas-bas tersebut.
aku gagal mengawal emosi,lalu air mata aku berderai, selebat hujan yang jatuh membasahi bumi.
ketika itu jam menunjukkan jam 10.00 malam.
sepatutnya seawal jam 9.00 malam,aku sudah berada di dalam bas. abahku menelefon aku, menanyakan perkhabaranku, sudah naik bas ke? aku sebak !tiada mampu terjawab..
setelah beberapa ketika..
Alhamdullilah,dengan satu panggilan telefon yang aku buat, datanglah seorang insan membantuku, menunjukkan aku jalan yang lurus, arah letaknya bas yang akan menuju ke Hentian Putra.
aku menaiki bas itu dengan basah kuyup, dan tiket yang aku genggam separuh koyak terkena air hujan..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui..
Allah ada di saat kita memerlukanNya..dengan sebuah doa,diiringi ketulusan hati meminta pertolongan, Allah akan mengirimkan pertolongan itu dalam pelbagai bentuk..
ketahuilah wahai sahabat,
segala pahit getir yang kita lalui ada hikmahnya dan kesusahan itu akan mengajar kita erti kehidupan..
tanpa kesusahan, kita tidak akan mampu melayari bahtera kesenangan..
moga apa yang kita hadapi mampu memberi iktibar dalam kehidupan kita...

Rabu, 17 April 2013
BBM3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM
assalamualaikum dan salam sejahtera,
selepas puas bercuti selama seminggu di kampung kumpulan Aura Cantik kembali lagi dengan video seram.
kali ini aksi yang perlu dipaparkan agak mencabar daya fikir kami kerana perlu berfikir panjang untuk menghasilkan sebuah video yang tidak berdialog dan hanya diiringi kesan bunyi sahaja.
sebelum memulakan aksi seram yang telah difikirkan secara bersama, kami telah nekad untuk menghasilkan sebuah video berkaitan kisah pembunuhan seorang pelajar yang sering menyakiti hati sahabatnya.
kami perlu memilih lokasi yang sesuai bagi memaparkan situasi cemas,takut dan seram.
kami merasa gembira kerana kerjasama berpasukan kami sangat erat apabila masing-masing memahami watak yang perlu dibawa.
bahagian pembikinan video yang cukup kami tidak suka ialah pada bahagian edit video. ianya sangat menuji kesabaran kami. demi bbm3410 kami gagahkan diri untuk bersengkang mata menyiapakannya. alhamdullilah dengan izinNya siap juga video kami.
kalian semua bolehlah menyaksikan video kami di laman web ini http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g

Langgan:
Catatan (Atom)