PUISI BUAT ABAH
abah,
hari ini genaplah usiamu 55 tahun,
seusia dengan tahun malaysia
mencapai kemerdekaan,
abah,
anakmu ini kian menigkat dewasa,
anakmu ini makin petah dalam berbicara,
anakmu ini adalah hasil dari keteguhanmu membesarkannya
abah,
terima kasih kerana menjagaku,
terima kasih kerana memerah keringat membelaku dari kecil sehingga dewasa
jasamu tidak mampu untukku balas dengan emas permata
tidak mampu untukku balas dengan wang berjuta-juta
tapi abah,
anakmu ini berjanji akan memberi sepenuh kasih dan sayang
demi menjagamu di hari tua
abah,
aku berjanji satu hari nanti,
aku akan membuatmu bangga dengan kejayaanku,
di masa akan datang.
insyaAllah.
kupinta doamu agar kejayaan yang ku capai memperoleh berkat darimu.
credited to my beloved daddy,Anafi bin Che Harun
abah,kak cik syg abh!!!^____^
this is the picture thats i always "stare" if i miss dis baby boy!
ne gambar maso rayo pertama tahun 2010,huhu abah kawe meme sporting n abah hok paling nakal in da world! ^__^ luv u dad!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan