geng aku

Sabtu, 16 Ogos 2014

PENGALAMAN BEKERJA DI KEDAI KASUT

Assalamualaikum..

Di sini aku ingin berkongsi pengalaman ketika aku menjadi staff part time di salah sebuah kedai kasut yang tersohor di Malaysia. Bekerja di kedai kasut, memberi aku seribu satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Di sana, aku dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia terutamanya golongan wanita.

Bagi pengetahuan korang, kedai kasut ini hanya menjual kasut wanita beserta beg tangan dan juga purse.
Melihat ragam pelanggan terkadang membuatkan aku geli hati tetapi ada juga yang membuatkan aku naik angin.

Apa tidaknya, hanya mencari kasut untuk dipakai ke tempat kerja, tetapi diselidik kedai itu umpama mahu mencari seribu satu masalah dan kekurangan. Mereka ini aku kategorikan sebagai pelanggan yang cerewet !

Akan tetapi, keseronokan semasa bekerja di sana, apabila melayan pelanggan yang ingin membeli kasut, beg tangan dan purse dalam masa yang sangat singkat,tanpa mencari kekurangan barangan tersebut.

Ragam manusia, bab kata pepatah lain padang lain belalangnya. Pelanggan yang datang dari pelbagai daerah di negeri Kelantan sememangnya berlainan dari daerah Kota Bharu. Ada yang suka marah-marah (al maklumlah masa tu bulan puasa ), ada yang baik hati yang tak suka nak susahkan aku, ada yang peramah (golongan ini yang paling aku suka serve kerana dia orang buat mood aku baik !

Kepada semua pelanggan aku yang pernah membeli di tempat aku bekerja,aku ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi aku pulangan yang agak lumayan kerana setiap pasang kasut yang aku jual, syarikat tersebut memberi komisyen dan hadiah !

Kesabaran semasa melayan pelanggan perlulah ada dalam diri kita kerana kita tidak kenal siapa mereka dan mereka juga tidak kenal siapa kita. Walau di mana kita bekerja, dengan siapa kita perlu berjumpa, ingatlah setiap tugasan itu dititipkan pahala dan ganjaran yang tidak kita ketahui. Bekerjalah kerana Allah bukan kerana emosi dan bukan kerana wang semata-mata. InsyaAllah rezeki yang kita dapat itu mendapat berkat dan redha daru Allah swt.

TERIMA KASIH, DATANG LAGI !
SELAMAT HARI RAYA !

Kata-kata yang baik akan membuahkan hasil yang bagus !

Aku juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ku temui semasa bekerja di sini. Malah kawan baik ku ini siap bagi KFC lagi. hahaha..saranghae !

nah gambar yg sempat diambil..bye !


Sabtu, 17 Mei 2014

ALZAHRAWI DALAM INGATAN..

Salam,

dah lama ak tak post dlm blog kesayangan aku ni..apa khbr semua? rindu sgt nk kongsi maklumat...bnyk sgt
informasi yg nk dikongsi..

maklumlah dah masuk kategori wanita bekerjaya kan xda masa sangat nk taip2 dlm blog ni..uhuhuhu..bekerjayalah sangat !

anyway, kat sini aku nak bg hadiah kat semua ex classmate ak masa ak bljr di tgktn 6 di slh sebuah sekolah tersohor di area kb ne..huhu..smk dato' ahmad maher..

masa tu ak di tgktn 6 rendah n nama kls ak alzahrawi..sma mcm tajuk kt ats tuu..majority dlm kls ak dimonopoli oleh budak lelaki yg kacak,hensem,bergaya dan sempoi laahh...

girls pun tidak kurangnya,sama2 kamcing n sporting..alhamdullilah majoritynya dpt menjejakkan kaki ke ipta,ipts dan ad juga yg sudah membina kerjaya dan berkeluarga..


apa2 pun selamat menempuhi segala ujian dalam hidup ini buat semua saem sahabat ak...ak akan ingt korang sampai bla2..ne hadiah kt korang..enjoy the show !

https://www.facebook.com/video.php?v=693407690719549&set=vb.100001509732125&type=3&theater